IMAN SEMUT...& IMAN MANUSIA...


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang
kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup
untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus
ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau
makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi
Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam
bekas
dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah
Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh
semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya
berbohong
pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini
sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada
diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu
datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila
kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada
kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah
sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!



IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali
dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris

sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah
penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa
mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2
kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali
pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah
daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat
di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke
belakang?".

Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang
percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa
rezeki di tangan Tuhan".

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL...

No comments:

Post a Comment